Madu Lebah
- Jia
- Oct 5, 2017
- 3 min read

Madu lebah telah digunakan sebagai antibakteria dan anti-fungal sejak zaman purba lagi. Malah orang Yunani, Rom dan Mesir telah mendokumentasikan tentang sifat penyembuhan madu lebah pada kurun itu.
Madu lebah bukan saja untuk menggantikan gula, malah ia adalah sebagai nutrisi tambahan dan memberi kebaikan pada tubuh anda.
Secara asasnya, satu sudu besar madu lebah bersamaan dengan kira-kira 64 kalori yang tidak mempunyai lemak dan kolestrol.
KEBAIKAN PENGAMBILAN MADU LEBAH
MEMBANTU MENGURANGKAN ALAHAN

Sifat anti-radang yang terdapat pada madu lebah dapat mengurangkan simptom alahan. Ia bertindak sebagai vaksin semulajadi kerana mengandungi sedikit debunga lebah.
Dengan pengambilan madu lebah yang mengandungi sedkikt debunga lebah, ia akan menghasilkan antibodi yang akan menjaga debunga, dimana tubuh anda akan membina pertahanan daripada alahan itu dari semasa ke semasa. Ia seperti sistem imunisasi kita yang terkena kepada sedikit alahan itu (debunga) dan kemudian ianya bertukar kepada sistem pertahanan.
Disebabkan sedikit debunga itu, sistem imunisasi kita akan berjaya menyerang dan membunuh dan pada masa yang sama membina imuniti terhadap alahan itu.
PEMANGKIN TENAGA

Tenaga kita tentunya boleh berubah-ubah, seperti malas bangun pagi ataupun ingin meletakan kepala diatas meja kerja selepas waktu makan tengah hari. Oleh itu, kita boleh menggunakan kebaikan pemangkin tenaga yang semula jadi.
Disebabkan madu lebah penuh dengan karbohidrat yang tinggi, menjadikan madu lebah sumber tenaga terbaik yang belum diproses.
Glukosa dan fruktosa dalam madu akan menyerang sistem aliran darah dengan pantas, yang memberi rangsangan tenaga untuk bergerak.
Ia merupakan cara yang baik untuk memulakan senaman harian yang panjang atau hari anda.
MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Peningkatan umur merupakan salah satu faktor untuk memiliki memori yang kuat. Oleh itu, mengambil makanan yang memberi rangsangan pada ingatan amatlah disyorkan.
Antioksidan bertindak sangat baik untuk sel-sel otak kita dan diperlukan untuk berkembang. Madu lebah juga mengandungi antioksidan yang tinggi yang dapat menjaga otak anda dengan baik.
Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan satu sudu madu lebah setiap hari oleh wanita yang telah menopos dapat menajamkan ingatan mereka.
Madu lebah juga membantu otak kita menyerap kalsium yang juga membantu terhadap ingatan.
Otak kita perlu dijaga dengan pengambilan makanan yang betul supaya dapat mengurangkan kemungkinan berdepan dengan penyakit demensia di kemudian hari.
MENCEGAH BATUK

Secara lazimnya, selesema berkaitan dengan batuk, oleh itu pengambilan madu merupakan idea yang baik kerana madu mempunyai sifat mengurangkan batuk.
Bagaimanapun, anda boleh mendapatkan ubat-ubatan di farmasi mahupun klinik, namun tidak semua bahan yang terdapat pada ubat batuk baik untuk badan anda. Tetapi, madu merupakan ubat tradisional yang dipercayai khasiatnya dari turun termurun dan bermanfaat.
Pengambilan madu dapat melindungi tekak anda serta melegakan dengan melegakan saraf yang terdapat pada tekak anda.
Sesetengah pakar percaya, dengan pengambilan dua suda madu berkesan untuk menahan penyakit batuk.
TIDUR YANG SELESA

Sesetengah orang mengalami masalah tidur seperti insomnia yang menyebabkan tidak cukup tidur ataupun keletihan di waktu pagi.
Anda tidak perlu mengambil ubat-ubatan untuk membantu anda tidur nyenyak diwaktu malam. Pengambilan madu yang organik boleh membantu anda. Kemanisan semula jadi madu akan menyebabkan tahap insulin anda meningkat dan seterusnya melepaskan neurotransmitter serotonin yang akan ditukar oleh tubuh menjadi melatonin yang membantu badan anda untuk tidur.
Asid amino yang terdapat dalam madu juga dapat membantu anda mendapatkan tidur yang baik.
MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Masalah kepala gatal ataupun berkelemumur sememangnya menganggu aktivit harian kita.
Dengan campuran madu dan air keatas kulit kepala selama beberapa jam, dapat membantu kulit kepala anda kembali segar dan sihat.
Sesuai juga digunakan untuk mengatasi masalah kulit dan masalah keguguran rambut.
Madu juga boleh digunakan sebagai pelembap rambut yang baik dan menyegarkan.
MEMBANTU MENYEMBUHKAN LUKA KECIL DAN KERADANGAN KULIT
Sifat antibodi semula jadi madu dapat merawat dan menenangkan luka dan luka terbakar/keradangan kulit.
Dengan menggunakan madu, ianya dapat membasmi kuman daripada bakteria serius seperti methichilin-resistant Staphylococcus aureus.
Madu telah digunakan sebagai terapi pencegahan jangkitan selama bertahun-tahun sehinggalah ianya digantikan dengan penicillin pada awal abad ke-20.
SEBAGAI PELEMBAP KULIT

Madu lebah merupakan bahan yang hebat yang dapat mengembalikan kelembapan pada kulit anda; tangan, kaki mahunpun seluruh badan.
Madu mengandungi pelembap yang baik, ianya boleh dicampurkan dengan syampu, pelembab rambut, dan juga pelembab kulit untuk hasil yang terbaik.
Kebaikan madu yang lain adalah
- Meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Membantu mencegah dan melawan cancer.
- Merawat masalah Sinus.
- Merawat jangkitan kuman terutamanya kaum perempuan.
- Membantu masalah gusi.
- Membantu masalah kulit ekzema.
- Membantu masalah kolestrol.
Dapatkan madu untuk pengambilan harian!!
Comments